Sejarah Sekolah

Sejarah Penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Sebelum perang Dunia yang kedua, terdapat pelbagai suku kaum di Tanah Melayu  dan mempunyai pelbagai prospektif yang berlainan. Oleh kerana itu, pemimpin bagi setiap suku kaum berhasrat mendirikan sekolah masing-masing yang bertujuan untuk pendidikan bagi
anak-anak suku kaum mereka sahaja.
            Oleh itu, empat buah sekolah telah ditubuhkan iaitu Sekolah Hua Chiao, Sekolah Chung Hua, Sekolah Sin Min dan Sekolah Ping Ming. Keempat-empat sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri dan setiap kaum mendaftarkan anak-anak mereka mengikut sekolah yang ditubuhkan.
            Selepas perang dunia kedua, keempat-empat Lembaga Pengelola Sekolah berunding bersama-sama untuk menubuhkan semula sebuah sekolah Cina supaya anak-anak semua suku kaum dapat melanjutkan pelajaran. Selepas perundingan, mereka telah sebulat suara bersetuju untuk menggabungkan keempat-empat sekolah ini.
            Mereka juga bersetuju menamakannya sebagai “Sekolah Chung Hua” yang merangkumi sekolah rendah dan menengah. Pada tahun 1962, sekolah rendah dan menengah dipisahkan dan
 En Lu Chen Yiao menjadi Guru Besar sekolah rendah hingga 1971.


            Bilangan murid bertambah setiap tahun. Oleh kerana kekurangan kelas, maka pada tahun 1987, pihak pengelola mengutip derma untuk membina sebuah bangunan dua tingkat. Bangunan baru disiap bina pada tahun 1990. 

No comments:

Post a Comment